Profil D Wedding Planner & Catering

Monday, September 29, 2008



D' Beauty Wedding Gallery ditubuhkan pada tahun 1997. Pada awal penubuhan, kami hanya menjalankan perkhidmatan di dalam bidang kecantikan dan andaman pengantin sahaja. Memandangkan permintaan yang tinggi dalam bidang penyelenggaraan majlis perkahwinan, kini D Beauty telah maju setapak lagi dengan mengambil langkah memperluaskan perniagaan kami ke peringkat yang lebih profesional dibawah penjenamaan D Wedding Planner & Catering awal tahun 2005. Kami menyediakan perkhidmatan menyelenggara sesuatu majlis mengikut bajet pelanggan kami, tidak kira kecil atau besar sesuatu majlis itu. Perkhidmatan yang tersedia seperti andaman pengantin, Khemah, katering, kad undangan, photography (indoor / outdoor), audio sistem, menerima tempahan pakaian, cenderamata dan lain-lain yang berkaitan tidak kira untuk majlis perkahwinan, pertunangan, ulangtahun (perkahwinan / hari lahir), akikah, cukur jambul, makan makan malam syarikat dan lain-lain acara.



Kami sentiasa memastikan setiap ahli dalam organisasi ini mempunyai pengalaman dan kreativiti yang luas bagi membolahkan setiap pelanggan dijanjikan dengan perkhidmatan terbaik dan memuaskan sesuai dengan moto kami KEPUASAN PELANGGAN ADALAH KEUTAMAAN KAMI.


0 comments:

Design of Open Media | To Blogger by Blog and Web